Friday, November 28, 2014

My 1st Journal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. (^-^)

Alhamdulillah, berkesempatan menulis sementara menunggu team projek (saya dah bekerja..nantikan entri tentang ini...:D ) yang lain berkumpul untuk mesyuarat pada jam 1pm.

Entri kali ini berkenaan dengan jurnal pertama saya. Alhamdulillah sekali lagi kerana Insya ALLAH jurnal saya akan diterbitkan pada Disember 2014. Jurnal itu berjudul Detection of Basal Stem Rot Disease at Oil Palm Plantation Using Sonic Tomography.

Jurnal ini berdasarkan kajian saya tentang kemampuan satu alat yang dipanggil PiCUS Sonic Tomograph yang mampu mengesan dan memaparkan bahagian dalam batang pokok samada ianya mempunyai kerosakan atau tidak. Alat ini menggunakan teori Density = Speed / Time. Bahasa mudahnya adalah Kepadatan bersamaan hubungkait antara Kelajuan dan Masa.

Apabila bunyi melalui kawasan yang berkepadatan rendah, kelajuannya rendah. Sebaliknya, apabila bunyi melalui kawasan yang berkepadatan tinggi, kelajuannya tinggi.

Menggunakan dua fakta berikut, PiCUS Sonic Tomograph mampu menghasilkan gambar keratan rentas dalaman batang pokok yang menunjukkan keadaan pokok yang dibezakan dengan 3 kumpulan warna. Hitam/Coklat bermakna sihat. Hijau bermakna kepadatan mula menurun. Manakala Ungu/Biru/Putih bermakna kerosakan yang teruk.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini, saya akan sertakan link untuk muat turun jurnal tersebut apabila ianya telah diterbitkan.

TenQiu.

(^_^)

Thursday, November 27, 2014

Hari Demi Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca, pelawat dan rakan2,

Alhamdulillah masih diberi nafas, masih ada kekuatan dalam melakukan banyak hal. Setelah 2 tahun tak ada entri, akhirnya rasa ingin menulis kembali datang. :)

Alhamdulillah, macam2 perkara akan dikongsikan nanti. Antaranya pengalaman trip ke Beijing, umrah kali kedua, viva master, menerbitkan jurnal sendiri, mendirikan rumah tangga & banyak lagi. Insya ALLAH, nantikan semua entri tersebut dari saya.

Memanjat tangga Great Wall of China

Love till Jannah..Insya ALLAH..^_^



TQ. ^_^

Friday, November 16, 2012

Ilham Baru Di Awal Muharam

Alhamdulillah. Ucapan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas menghirup udara Allah di awal tahun hijrah ini. Dalam mencari dan merancang azam baru untuk tahun ini, terlintas di fikiran untuk mengisi kekosongan diri dari sudut rohani dan tidak lupa juga dari sudut duniawi dengan ilmu atau info yang bermanfaat. Jadi salah satu azam untuk tahun ini sebagai part time blogger adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak link atau site lain sebagai "Pautan Yang Menarik Buat Diriku & Dirimu". Semoga ia akan memberi manfaat buat diri saya sendiri dan juga anda. Sekian. ^^

Tuesday, February 15, 2011

After A Long Journey

Assalamualaikum and ukhuwah fillah...

Alhamdulillah. Today is February 15,2011 and I've been given the opportunity to post an entry again after my long journey to decide on my future. I'm now furthering my study in Master of Science Forestry at the Universiti Putra Malaysia. It is not that I willingly not updating my blog (like I said, once in a week) but it is because I'm trying to find a better way to make my blog more attractive, full of ideas and information, hot news, etc. So now, i am going to change it little by little and I hope it will be one of the most visited blog in the cyberspace...(^_^)

Sunday, October 10, 2010

Sikap Pemandu Malaysia

Assalamualaikum dan salam ukhuwah...

Alhamdulillah malam tadi saya sekeluarga selamat sampai ke kampung halaman setelah menghadiri majlis konvokesyen saya di UPM. Kami tiba agak lewat kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas di lebuh raya PLUS akibat satu kemalangan yang amat tragis. Berita lanjut di utusan malaysia online.

Saya ingin mengulas sikap pemandu kenderaan di Malaysia lebih-lebih lagi dalam kejadian seperti ini. Majoriti ingin cepat sampai ke destinasi tanpa memikirkan nasib mereka-mereka yang terlibat dalam kemalangan. Laluan motorsikal sepatutnya hanya digunakan olej penunggang motorsikal SAHAJA. Ia juga sebagai laluan kecemasan sekiranya berlaku kejadian seperti ini.

Ambulans, bomba, lori tarik dan polis perlu sampai segera ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan meredakan kesesakan lalu lintas. Permasalahannya bila kenderaan lain memenuhi laluan motorsikal atas sikap pentingkan diri sendiri menyebabkan usaha menyelamat dan lain-lain terbantut. Maka kesannya ramai yang tidak sempat diselamatkan dan pada masa yang sama menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berjam-jam.

Saya menyeru semua pengguna jalan raya membuang sikap pentingkan diri sendiri bagi mengelakkan situasi ini terus berulang.

Friday, October 1, 2010

Gagahkah Aku???


Assalamualaikum warahmatullah dan salam ukhuwah.

Khutbah di masjid kampong saya pada hari ini amat menarik perhatian saya di mana khatib menyatakan bahawa orang yang gagah berani itu bukanlah diukur dari fizikalnya yakni saiz badannya atau kekuatannya sebaliknya kemampuannya untuk bersabar dalam situasi-situasi yang membangkitkan kemarahan. Khatib juga menambah, setiap musibah yang menimpa diri kita adalah kifarah atau penebus dosa yang dikurniakan oleh Allah. Jika kita tidak mampu bersabar dalam situasi-situasi buruk yang menimpa kita dan melepaskan kemarahan tanpa berfikir bahawa ianya adalah ujian dari Allah, maka rugilah kita.

Saya suka mengetengahkan suatu surah dari kitab suci Al-Quran yang ada menceritakan tentang sifat sabar iaitu surah Al-Asr yang terjemahannya adalah seperti berikut:

“Demi masa…Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian…Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.” (Surah Al-Asr, Ayat 1-3)

Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang dirahmati dan diberkati...Amin..

Monday, September 27, 2010

2 Minggu Berlalu

Assalamualaikum warahmatullah...salam ukhuwah dan salam syawal.

2 minggu berlalu...rasa tak senang duduk pula tak ada entri untuk dikongsi...bukan apa...agak sibuk sedikit kerana menguruskan perkara2 yang berkenaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana atau master...Alhamdulillah, segala urusan telah pun selesai. InsyaAllah minggu ini akan saya masukkan entri berikutnya untuk tatapan sahabat2 yang mengikuti perkembangan blog ini...Sekian, wassalam...